Friday, 1 November 2013

Cerita GENTING HIGHLANDS !


Pengasas Genting Highlands iaitu Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Apabila beliau balik ke Kuala Lumpur, beliau mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tetapi yang mendekati dengan Kuala Lumpur. Beliau menjumpai satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang ketinggiannya 1800 kaki dari paras laut. 

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Beliau menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah. 

Tan Sri Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. 

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tetapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor pada masa itu tidak setuju. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
 

Tan Sri Lim Goh Tong tidak bersetuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tidak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi kepada Tan Sri Lim Goh Tong.
 

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands. 

Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
 

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
 

Cara meluluskan Genting Highland menjadi kelam-kabut. 


Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai.Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
 

Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham..akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Tan Sri Lim Goh Tong.
 

No comments:

Post a Comment