Friday, 1 November 2013


KASINO!





Genting Highlands merupakan tempat untuk berhibur. Genting Highlands ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Idea untuk membuat resort di atas bukit datang daripada udara segar di Cameron Highlands oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pada tahun 1964. Tan Sri Lim kemudian bekerja di sebuah projek pembangunan hidro-elektrik di sebuah resort terkenal yang terletak di kawasan bukit yang melindungi sebahagian besar penjajah Inggeris yang mencari perlindungan sejuk dari panas tropika. Pada masa itu beliau terfikir alangkah baik sekiranya semua rakyat Malaysia dapat bercuti di kawasan peranginan tanah tinggi. 

Hotel pertama yang dibangunkan di Genting Highlands ialah pada tahun  1971 iaitu Highlands Hotel (kini merupakan Theme Park Hotel). Kini Genting Highlands telah mempunyai lima hotel yang terkenal iaitu Genting Hotel, Highlands Hotel, Resort Hotel, Theme Park Hotel dan First World Hotel.


Genting Highlands sangat terkenal dengan pelbagai hiburan. Kasino merupakan salah satu daya tarikan utama di Genting Highlands (Resort World Genting). Casino De Genting boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian tema iaitu Hollywood, Monte Carlo, Latte, Circus Palace, Maxim Club dan Elite.

Genting Highlands merupakan tempat yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Genting Highlands juga terkenal dengan Taman Tema. Di sini juga terdapat permainan ‘indoor’ dan ‘outdoor’ yang disediakan untuk golongan kanak-kanak dan dewasa. Selain itu juga terdapat banyak tempat hiburan seperti Konsert, persembahan, pawagam, karaoke dan sebagainya. 





No comments:

Post a Comment