Friday, 1 November 2013

KUIL CHIN SWEE CAVES


Kuil Chin Swee Caves terletak di tempat paling indah di Genting Highlands. Di dalam kuil tersebut terdapat sebuah patung hitam Pendeta Master Chin Swee yang sedang duduk. Patung tersebut dikenali sebagai dewa di Wilayah Fujian yang berkemampuan untuk memanggil hujan dan mengusir roh jahat. Kuil tersebut telah menarik perhatian ramai pelancong tempatan dan luar negara seperti dari Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand dan China.

Kuil Chin Swee Caves terletak di plot 28 ekar tanah hutan berbatu yang disumbangkan oleh pengasas Genting Group iaitu mendiang Tan Sri Dato’ Seri Lim Goh Tong. Kuil ini terletak pada 4.600 meter di atas permukaan laut dan perjalanan ke kuil memerlukan sekitar 5-10 minit dari puncak gunung.

 Genting Highlands terletak 51 km di Timur Laut dari ibu kota Kuala Lumpur. Perjalanan hanya mengambil masa 45 minit untuk ke Genting dari Kuala Lumpur. 


No comments:

Post a Comment